Page 18 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 18
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Penguasaan (TP) Halaman
2.3 Hidupan Liar di Malaysia 2.3.3 Membahaskan kegiatan manusia yang Soalan 5
mengancam hidupan liar di Malaysia Buku Teks 50
m.s 84 – 85 Soalan 6 TP3
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, keratan akhbar, foto hidupan liar mati Roam the Room Menilai
akibat dilanggar
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian alam sekitar Peta pokok Bertanggungjawab
Cadangan PdPc
1. Guru menerangkan kepada murid tentang pelbagai kegiatan manusia yang mengancam hidupan liar di Malaysia.
2. Guru menunjukkan keratan akhbar yang berkaitan dengan hidupan liar di ambang kepupusan.
3. Guru menunjukkan foto hidupan liar yang mati akibat dilanggar kenderaan dan dibunuh.
4. Murid menjawab soalan 5, soalan 6 dan soalan 7 dalam buku Hybrid PBD Geografi halaman 50.
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Setiap kumpulan membincangkan satu kegiatan manusia yang mengancam hidupan liar di Malaysia.
7. Kemudian, setiap kumpulan menyediakan satu risalah yang mengandungi maklumat tentang kegiatan manusia dan kesannya terhadap
hidupan liar.
8. Dengan isyarat guru, murid secara individu bergerak melihat hasil kerja kumpulan lain.
9. Guru memberikan isyarat kedua. Semua murid balik ke tempat asal.
10. Murid membuat perkongsian dalam kumpulan berkaitan apa yang telah dipelajarinya daripada kumpulan lain.
Panduan RPH
Soalan dan Tahap
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP) Penguasaan (TP) Halaman
2.3 Hidupan Liar di Malaysia 2.3.4 Menjelaskan melalui contoh usaha pemeliharaan dan Soalan 8
pemuliharaan hidupan liar di Malaysia
Soalan 9
51 – 52
Soalan 10 TP5
Buku Teks
m.s 86 – 93 Soalan 11 TP6
BBM PAK-21 KBAT
Buku teks, peta Malaysia Circle Time Menilai, mencipta
EMK i-THINK Nilai Murni
Kelestarian global Peta buih Bertanggungjawab
Cadangan PdPc
1. Guru memberi penerangan kepada murid tentang usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.
2. Guru menjelaskan melalui contoh usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan di Malaysia.
3. Murid menjawab soalan 8 dan soalan 9 dalam buku Hybrid PBD Geografi halaman 51.
4. Murid duduk di dalam kumpulan secara bulatan.
5. Guru menyediakan bola pingpong.
6. Sesiapa yang memegang bola diminta menjelaskan satu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.
7. Kemudian, murid tersebut memberi bola tersebut kepada murid lain untuk memberi peluang kepada mereka bercakap. Hal ini berterusan
sehingga beberapa orang murid diberi peluang untuk menerangkan beberapa usaha pemeliharaan dan pemuliharaan di Malaysia.
8. Bagi pusingan yang seterusnya, murid yang memegang bola mencadangkan idea yang kreatif dan inovatif tentang usaha memelihara dan
memulihara hidupan liar di Malaysia.
9. Guru merumuskan idea setiap murid di akhir pembelajaran.
10. Murid juga menjalankan aktiviti (soalan 10 dan soalan 11) dalam buku Hybrid PBD Geografi halaman 52.
BAB 5 EG 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
00 HYBRID PBD Geo Tg3_PdPc.indd 9 8/12/21 4:04 PM

