Page 41 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 41

Bahasa Melayu PT3  Bab 2 Pemahaman Teks
      Watak dan Perwatakan
        1. Kamarul Baharuddin (Watak utama)
          (a)  Kamarul berumur 17 tahun serta anak tunggal Mak Jah dan Pak Cik Bahar.
          (b)  Kamarul penyayang. Kamarul sayang akan ibunya, Mak Jah dan ayahnya, Pak Cik
              Bahar. Hubungan kasih sayang itu menyebabkan ibunya cepat mengesan sesuatu
              keadaan yang tidak menggembirakan Kamarul.
          (c)  Dia juga mesra. Dia membina hubungan mesra dengan orang lain seperti Saridah,
              Encik Kadir, rakan-rakan sekolahnya, dan De Wega.
          (d)  Kamarul  pemberani. Kamarul berani  mengakui kesilapannya  yang  bersikap
              sombong dan tidak berdisiplin kepada Encik Kadir. Kamarul juga berani meminta
              maaf atas kesilapannya itu.
          (e)  Kamarul  bersikap positif untuk membaiki sikapnya  yang  sombong  dan tidak
 Bab 2
              berdisiplin dan bersedia untuk menerima tunjuk ajar Encik Kadir semula.
          (f)  Selepas  pulih  daripada kecederaannya,  Kamarul  gigih  berlatih sehingga  dia
              memenangi pingat emas dalam acara 100 meter dan 400 meter dalam temasya
              Sukan SEA.
        2. Saridah
          (a)  Saridah ialah kawan rapat Kamarul.
          (b)  Dia menghormati orang lain. Saridah menghormati Mak Jah, iaitu emak Kamarul.
          (c)  Dia juga pemberani. Saridah berani menegur sikap Kamarul yang mulai sombong
              dan tidak berdisiplin ketika menjalani latihan olahraga.
          (d)  Saridah prihatin. Apabila Kamarul terlibat dalam kemalangan jalan raya, Saridah
              kerap menziarahi Kamarul.
          (e)  Dia juga pemaaf. Saridah memaafkan kesalahan Kamarul.
        3. Encik Kadir
          (a)  Encik Kadir jurulatih olahraga negara.
          (b)  Beliau bertanggungjawab. Encik Kadir  menjalankan  tanggungjawabnya melatih
              Kamarul, Sures, dan atlet-atlet negara yang lain sebelum menyertai kejohanan
              Sukan SEA di Bangkok.
          (c)  Beliau  penyabar.  Encik  Kadir sabar  menghadapi  kerenah  Kamarul  yang  mula
              sombong dan tidak berdisiplin selepas Kamarul menjadi terkenal.
          (d)  Encik Kadir prihatin akan keadaan Kamarul yang ditimpa kemalangan jalan raya.
              Dia melawat Kamarul di hospital.
          (e)  Beliau gigih  berusaha.  Encik Kadir gigih  memulihkan  prestasi  Kamarul  yang
              merudum selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.
          (f)  Beliau pemaaf.  Encik  Kadir memaafkan  kesalahan  Kamarul  yang  kerap  tidak
              menghadiri sesi latihan.
      Latar
        1. Latar masa
          (a)  Waktu pagi
              (i)  Mak Jah menyediakan sarapan untuk Kamarul dan melihat perubahan sikap
                 Kamarul yang kelihatan tidak ceria seperti biasa.
              (ii)  Saridah dan Encik Kadir menziarahi Kamarul di hospital pada waktu pagi.
          (b)  Waktu petang
              (i)   Sures menunggu Kamarul untuk pergi ke kompleks sukan bersama-sama
                 tetapi Kamarul tidak datang.

  74                                                                                                                                                                                    75






 02a RANGER BM PT3.indd   74                                                      28/06/2019   9:17 AM
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46