Page 42 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 42
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(ii) Encik Kadir memberikan pingat emas yang pernah dimenanginya kepada
Kamarul tetapi Kamarul menolaknya.
(c) Waktu malam – Kamarul melihat gambar-gambar pelari yang menjadi idolanya.
2. Latar tempat
(a) Rumah Kamarul – Di sinilah Mak Jah menyampaikan surat yang diberikan oleh
Saridah kepada Kamarul. Di rumah ini jugalah Kamarul ditegur oleh emaknya,
Mak Jah kerana mengoyakkan akhbar yang memaparkan gambar
jurulatihnya, Encik Kadir.
(b) Bilik kelas – Di sinilah Saridah meminta Juriah menyampaikan
suratnya kepada Kamarul. Bab 2
(c) Kantin sekolah – Tempat Saridah menunggu Kamarul datang
tetapi Kamarul tidak muncul.
(d) Bilik Kamarul – Kamarul melihat gambar-gambar pelari yang
menjadi idolanya yang ditampal di biliknya.
(e) Hospital –Tempat Kamarul menerima rawatan selepas dia terbabit
dalam kemalangan jalan raya. Di sini jugalah Saridah dan Encik
Kadir menziarahi Kamarul.
(f) Pusat Sukan Kampung Pandan – Tempat Kamarul dan atlet olahraga
Malaysia yang lain berlatih untuk menghadapi kejohanan Sukan
SEA di Bangkok.
(g) Stadium Nasional Bangkok – Tempat Kamarul muncul sebagai juara dalam acara
larian 100 meter dan 400 meter.
3. Latar masyarakat
(a) Masyarakat remaja – Mereka berusia 17 tahun yang terdiri daripada Kamarul,
Sures, Saridah, dan Juriah. Sebagai remaja, mereka mudah mengikut perasaan
seperti yang dilakukan oleh Kamarul yang bersikap sombong selepas popular.
(b) Masyarakat murid – Mereka terdiri daripada murid-murid tingkatan lima yang
belajar di sebuah sekolah. Di sekolah, mereka mempunyai rakan-rakan rapat
yang saling memahami.
(c) Masyarakat atlet – Mereka gigih berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka
sebelum mewakili negara dalam Sukan SEA. Mereka terdiri daripada Kamarul
dan Sures yang mendapat tunjuk ajar daripada Encik Kadir.
(d) Masyarakat ibu bapa – Mereka terdiri daripada Mak Jah dan Baharuddin.
Sebagai ibu bapa, mereka cepat memahami perubahan emosi dan sikap anak-
anak mereka. Mereka juga sayang akan anak-anak mereka.
Nilai
1. Kasih sayang – Mak Jah sayang akan Kamarul dan menjaga Kamarul di hospital
sepanjang Kamarul menerima rawatan.
2. Kejujuran – Encik Kadir jujur, amanah, dan ikhlas dalam menjalankan tugasnya
sebagai jurulatih atlet negara. Beliau membimbing Kamarul dengan bersungguh-
sungguh.
3. Keberanian – Kamarul berani mengakui kesilapannya yang bersikap sombong kepada
rakan-rakannya dan biadab kepada Encik Kadir. Dia juga berani meminta maaf atas
kesalahannya itu.
74 75
02a RANGER BM PT3.indd 75 28/06/2019 9:17 AM

