Page 43 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 43
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
4. Kerajinan – Kamarul rajin dan gigih berlatih bawah bimbingan Encik Kadir selepas
dia pulih daripada kecederaan.
5. Baik hati – Saridah sedia memaafkan Kamarul dan melawat Kamarul yang sakit di
hospital.
6. Kesyukuran – Kamarul bersyukur dan berterima kasih kepada Encik Kadir atas
bimbingan yang diberikan sehingga dia berjaya memenangi pingat emas dalam
acara yang disertainya.
Pengajaran
1. Kita haruslah berani mengakui kesalahan diri apabila kita melakukan sesuatu
kesalahan dan segera membaiki kesalahan itu agar tidak berterusan. Kamarul
Bab 2
mengakui dan membaiki kesalahannya.
2. Kita mestilah mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk mencapai
kejayaan. Kamarul mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi untuk memenangi
pingat emas dalam Sukan SEA.
3. Kita janganlah bersikap sombong dan lupa daratan apabila mencapai sesuatu
kejayaan. Sikap Kamarul yang terleka dengan populariti yang dikecapinya sehingga
menyebabkan dia sombong dan biadab janganlah kita ikuti.
4. Kita haruslah jujur dan amanah dengan setiap tanggungjawab yang diberikan kepada
kita. Encik Kadir melatih Kamarul dengan bersungguh-sungguh. Atas bimbingan
beliau, Kamarul telah muncul sebagai pemenang pingat emas dalam kejohanan Sukan
SEA di Bangkok.
5. Kita mestilah menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua daripada kita.
Saridah menghormati orang lain, terutama Mak Jah dan Encik Kadir yang lebih tua
daripadanya.
2.1.13 Destinasi Impian
Sinopsis
Firdaus remaja lelaki yang berperwatakan lembut dan suka melakukan aktiviti yang
sering dilakukan oleh remaja perempuan. Dia mempunyai seorang adik perempuan
yang lasak bernama Azlina. Abang saudaranya, Johari, mahasiswa universiti turut
aktif dalam aktiviti lasak.
Pada suatu hari, datuk mereka bercerita mengenai pengalamannya mengayuh
basikal dari Klang ke Morib. Datuk beranggapan bahawa cucu-cucunya itu tidak
sanggup mengayuh basikal sejauh yang pernah dilakukannya. Azlina dan Johari
menyahut cabaran datuk mereka. Tanpa berfikir panjang, Firdaus turut menyatakan
persetujuannya untuk menyertai Azlina dan Johari.
Mereka pun memulakan ekspedisi mengayuh basikal. Semasa ekspedisi itu,
Firdaus berasakan payahnya mengayuh basikal dan beranggapan bahawa dia sedang
melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah. Azlina dan Johari pula gigih mengayuh
basikal masing-masing dan tidak mahu melayan kerenah Firdaus yang tidak biasa
menjalani latihan keras dan lasak. Dalam diam, Azlina dan Johari berharap agar
ekspedisi mengayuh basikal itu dapat mengubah perwatakan Firdaus.
76 77
02a RANGER BM PT3.indd 76 28/06/2019 9:17 AM

