Page 44 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 44
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
Firdaus menyesal kerana menyertai ekspedisi itu kerana dia tidak dapat
menonton wayang bersama-sama rakannya. Dia juga tidak berpeluang untuk
mendekati Mazlinda, seorang rakan perempuan yang diminatinya. Sementara itu,
Azlina sengaja mencabar Firdaus supaya abangnya itu menjadi lebih tahan lasak dan
lebih berdikari. Firdaus tidak menganggap positif perkara itu, sebaliknya bergaduh
dan menyimpan dendam kepada Azlina. Apabila Azlina terlibat dalam kemalangan,
Firdaus tidak mahu membantunya. Johari berasa kesal akan sikap Firdaus itu.
Selepas mengayuh basikal lebih daripada lapan jam, akhirnya mereka sampai
di pantai Morib. Sebelum sampai di situ, Firdaus sengaja memintas Azlina dan
Johari. Keadaan ini menunjukkan bahawa Firdaus yang awal sampai berbanding Bab 2
dengan Azlina dan Johari. Ketibaan Firdaus di pantai itu disambut oleh rakan-
rakannya termasuk Mazlinda. Di hadapan rakan-rakannya, Firdaus berasa bangga
akan kemampuan dirinya. Dia memberitahu rakan-rakannya kononnya Azlina kerap
menimbulkan masalah sehingga mereka lewat sampai.
Apabila Azlina dan Johari sampai di pantai itu, Firdaus tidak mahu menyambut
ketibaan mereka. Hal ini mengecewakan Azlina. Namun begitu, Johari memujuk
Azlina agar bersabar. Ketibaan mereka disambut oleh Kamsan dan Kasmadiana.
Kamsan ialah rakan Johari manakala Kasmadiana pula ialah adik Kamsan.
Sazali dan Moksin antara kawan Firdaus yang menyambut ketibaan Firdaus di
pantai Morib. Mereka bertanya kepada Azlina tentang cerita yang disampaikan oleh
Firdaus. Azlina menafikannya. Sazali dan Moksin mahu mencampak Firdaus ke dalam
laut jika Firdaus tidak mahu mengaku bahawa dia telah berbohong.
Azlina dan Johari mahu pulang ke Klang semula. Mereka mengajak Firdaus,
namun Firdaus enggan kerana dia mahu pulang sendiri. Johari memujuknya tetapi
Firdaus tetap dengan pendiriannya. Keadaan ini menyebabkan Azlina berasa bimbang
akan keselamatan abangnya. Johari memujuk Azlina supaya menerima keputusan
Firdaus itu.
Selepas itu, Firdaus dan rakan-rakannya mandi-manda di pantai. Rakan-rakannya
sudah merancang helah untuk mengenakannya. Mereka mengadakan pertandingan
menyelam. Semasa pertandingan itu, Mazlinda berpura-pura meminta tolong kerana
lemas. Firdaus berusaha untuk menyelamatkan Mazlinda. Malangnya, dia pula yang
hampir lemas. Selepas itu, Firdaus pengsan.
Selepas sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di hospital. Johari
memberitahunya bahawa dia telah diselamatkan oleh Mazlinda. Johari memberi
nasihat kepada Firdaus supaya berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan
yang berbahaya. Dia juga menasihati Firdaus agar tidak angkuh akan kejayaan.
Firdaus berasa malu. Dia sedar akan kelemahannya selama ini.
Apabila Mazlinda, Zarina, Sazali, dan Moksin menziarahinya. Firdaus menyambut
kedatangan rakan-rakannya itu dengan perasaan malu tetapi dia bersedia untuk
menghadap mereka dengan berani.
Tema
Novel ini bertemakan masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
hidup. Firdaus, remaja lelaki yang berperwatakan lembut menghadapi cabaran daripada
76 77
02a RANGER BM PT3.indd 77 28/06/2019 9:17 AM

