Page 45 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 45
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
adiknya, Azlina dan abang saudaranya, Johari menyertai ekspedisi berbasikal agar
menjadi titik perubahan baginya menjadi lelaki sejati. Sepanjang ekspedisi itu, Firdaus
menghadapi pelbagai cabaran sebelum berjaya tiba di destinasi.
Persoalan
1. Kebijaksanaan menyelesaikan sesuatu masalah – Datuk Firdaus, Azlina, dan Johari
bijak dalam mengatur satu rancangan untuk menjadikan cucu-cucunya tahan lasak.
Beliau mahu cucunya terutama Firdaus bersemangat dan tahan lasak seperti dirinya.
Johari juga bijak menangani setiap kerenah Firdaus sepanjang ekspedisi berbasikal
dari Kelang ke Morib.
2. Jiwa remaja yang mudah memberontak – Firdaus anak muda yang cepat mengalah
dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya, dia selalu sahaja merungut dan
Bab 2
memberontak apabila mengalami kesusahan.
3. Kasih sayang adik kepada abang – Azlina sayang akan abangnya, Firdaus. Oleh itu,
dia mahu abangnya yang berperwatakan lembut itu mengubah sikapnya menjadi
lelaki sejati.
4. Teguran dan nasihat yang dapat membawa perubahan diri – Johari menegur dan
menasihati Firdaus secara berhikmah sehingga Firdaus sedar akan kesilapannya.
5. Sikap prihatin dan bersedia untuk menghulurkan pertolongan kepada orang lain –
Johari sentiasa membantu sepupunya, iaitu Firdaus dan Azlina sepanjang ekspedisi
berbasikal itu. Apabila tayar basikal Firdaus pancit, Johari sanggup menuntun
basikal Firdaus sehingga berjumpa dengan kedai membaiki basikal.
6. Kecintaan terhadap bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia
sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda
yang mempunyai kesalahan bahasa.
7. Keberanian mengharungi rintangan – Meskipun perempuan dan baru berumur
16 tahun, Azlina sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer.
8. Keinsafan setelah sedar akan kesalahan – Firdaus yang panas baran,
pembohong, dan angkuh mula sedar dan insaf akan kesalahannya selepas
peristiwa dia lemas di pantai.
Plot
1. Permulaan
(a) Datuk Johari, Azlina, dan Firdaus bercerita tentang pengalamannya
berbasikal dari Klang ke pantai Morib. Datuk berkata bahawa dia
tidak yakin bahawa cucu-cucunya mampu berbuat sepertinya.
(b) Walau bagaimanapun, Johari dan Azlina sanggup menyahut
cabaran datuk mereka.
(c) Firdaus terpaksa menyahut cabaran itu walaupun dia berasa amat
sukar.
2. Perkembangan
(a) Firdaus, Johari, dan Azlina memulakan kayuhan mereka. Dalam perjalanan,
Firdaus tidak tahan kerana berasa penat. Azlina sengaja mencabar Firdaus
agar lebih bersemangat, namun Firdaus berasa sakit hati.
78 79
02a RANGER BM PT3.indd 78 28/06/2019 9:17 AM

