Page 46 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 46
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(b) Azlina mengalami kemalangan yang menyebabkan tangannya luka. Firdaus enggan
membantu adiknya itu.
(c) Firdaus tiba di pantai Morib mendahului Azlina dan Johari. Kawan-kawannya
menyambut ketibaannya, termasuk Mazlinda, gadis pujaannya. Firdaus
membohongi Sazali dan Moksin tentang sikap Azlina yang menjadi punca
mereka lambat sampai di pantai Morib. Azlina kecewa akan sikap Firdaus yang
mementingkan kawan-kawannya berbanding dengan dia dan Johari. Azlina sedih
apabila Firdaus enggan pulang bersama-sama dengannya dan Johari ke Klang
kerana mahu mandi-manda dengan rakan-rakannya.
(d) Sazali, Moksin, dan Mazlinda mahu mengajar Firdaus yang berbohong kepada Bab 2
mereka.
3. Klimaks
(a) Sazali dan Moksin mengadakan pertandingan menyelam. Semasa pertandingan
itu, Mazlinda berpura-pura lemas lalu Firdaus cuba membantunya tetapi dia
pula yang lemas.
(b) Firdaus dikejarkan ke hospital.
4. Peleraian
(a) Firdaus malu akan sikapnya selama ini.
(b) Johari menasihati Firdaus agar berani mengakui kesalahan diri dan menerima
kehadiran rakan-rakannya nanti dengan positif.
Watak dan Perwatakan
1. Firdaus (Watak utama)
(a) Remaja lelaki yang tinggi, berambut keriting, dan berkulit cerah.
(b) Abang Azlina dan sepupu Johari.
(c) Perwatakannya agak lembut dan gemar melakukan aktiviti
yang dilakukan oleh remaja perempuan.
(d) Firdaus pemberani. Firdaus berani menyahut cabaran
Azlina dan Johari untuk berbasikal sejauh 50 kilometer
dari Klang ke Morib walaupun dia tidak pernah melakukan
aktiviti lasak.
(e) Dia manja, cepat mengalah, dan tidak tahan menerima
cabaran. Firdaus tidak tahan akan aktiviti lasak dan mudah
merungut apabila terlalu panas dan menghadapi kesukaran.
(f) Dia juga pendendam. Dia enggan membantu Azlina yang cedera kerana membalas
dendam terhadap tindakan adiknya itu yang suka menyakiti hatinya.
(g) Firdaus juga pembohong. Dia membohongi rakan-rakannya mengenai sikap
Azlina sepanjang ekspedisi itu. Dia juga membohongi rakan-rakannya bahawa
dia pandai berenang.
(h) Namun begitu, akhirnya dia berfikiran terbuka. Dia dapat menerima nasihat
yang diberi oleh Johari mengenai kesilapan-kesilapan yang dilakukannya.
(i) Pada akhir cerita, Firdaus insaf akan kesilapannya dan berazam untuk membaiki
kesilapannya itu.
2. Azlina
(a) Azlina remaja perempuan yang berumur 16 tahun yang gemar akan aktiviti
lasak.
78 79
02a RANGER BM PT3.indd 79 28/06/2019 9:17 AM

