Page 47 - Ranger PT3 Bahasa Melayu 2020
P. 47
Bahasa Melayu PT3 Bab 2 Pemahaman Teks
(b) Dia adik Firdaus dan sepupu Johari.
(c) Azlina penyayang. Dia sayang akan abangnya, Firdaus. Dia sengaja mencabar
Firdaus agar melakukan akitiviti lasak dan tahan menghadapi cabaran kerana
mahu abangnya itu berubah menjadi lelaki sejati.
(d) Azlina bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu. Dia gigih mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer dari Klang ke Morib walaupun dia hanyalah remaja
perempuan.
(e) Dia juga penyabar. Azlina sabar akan kerenah Firdaus sepanjang aktiviti
berbasikal hingga tiba di pantai Morib. Dia juga sabar akan sikap Firdaus yang
pendendam.
(f) Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia tidak berpuas hati apabila melihat
Bab 2
beberapa kesalahan bahasa pada papan tanda yang dilihatnya sepanjang
ekspedisi dan mengambil gambar papan tanda itu sebagai bukti.
3. Johari
(a) Johari ialah sepupu Firdaus dan Azlina serta mahasiswa Universiti
Putra Malaysia.
(b) Dia bijak mengendalikan emosi dan situasi. Sepanjang ekspedisi
berbasikal bersama Firdaus dan Azlina, Johari tidak terlalu melayan
kerenah Firdaus yang manja dan kerap merungut agar Firdaus berdikari.
Dialah yang menjadi orang tengah untuk meleraikan pertengkaran
antara Firdaus dengan Azlina agar tidak berpanjangan.
(c) Johari juga optimis. Dia yakin akan kemampuan Firdaus untuk
berbasikal ke Klang seorang diri.
(d) Johari baik hati dan prihatin. Ketika Azlina ditimpa kemalangan dan basikal
Firdaus pancit, Johari memberikan bantuan kepada mereka.
(e) Selain itu, dia pandai memberi nasihat. Nasihat dan tegurannya ketika Firdaus
dirawat di hospital dapat diterima oleh Firdaus.
Latar
1. Latar masa
(a) Pagi – Firdaus, Johari, dan Azlina memulakan ekspedisi berbasikal dari Klang ke
Morib.
(b) Tengah hari – Firdaus mula menunjukkan keletihan dan memprotes cadangan
ekspedisi itu yang dianggapnya sebagai satu kerja gila.
(c) Petang – Mereka sampai di pantai Morib selepas menempuh perjalanan hampir
lapan jam.
2. Latar tempat
(a) Di rumah – Tempat datuk bercerita mengenai pengalamannya berbasikal sejauh
50 kilometer dari Klang ke pantai Morib kepada Johari, Firdaus, dan Azlina.
(b) Di gerai air tebu – Tempat Azlina berhenti rehat sebentar sambil minum air
tebu sewaktu menyertai ekspedisi berbasikal bersama abang dan sepupunya.
(c) Di jalan – Tempat Azlina dan Firdaus mengalami masalah masing-masing.
Firdaus berhadapan dengan masalah tayar basikalnya pancit manakala Azlina
pula ditimpa kemalangan.
80 81
02a RANGER BM PT3.indd 80 28/06/2019 9:17 AM

