Page 305 - e Prosiding Serai 2021
P. 305
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Sumber: Ramle (2014)
Rajah 1: Lokasi SKBP dan Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam
Merujuk kepada maklumat dalam rajah 1, SKSP terletak di tepi lebuh raya Jerangau Jabor
dalam daerah Kemaman, Terengganu. Jarak sekolah ini kira-kira 45 kilometer dari bandar
Kuantan dan 55 kilometer dari bandar Chukai, Kemaman. Perjalanan melalui lebuh raya akan
mengambil masa selama 60 minit untuk sampai ke PPD Kemaman. Sekolah ini terletak
berhampiran dengan perkampungan Orang Asli Pergam iaitu di tepi lebuh raya Jerangau
Jabor dengan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur yang telah siap sepenuhnya sekarang.
Sekolah ini juga terletak di tengah-tengah antara Felda Neram dan bandar Cheneh Baharu.
Bangunan sekolah yang berada dalam jarak 40 meter dengan jalan raya memudahkan
pengunjung untuk sampai ke SKSP. SKSB pula mula dibina pada tahun 1974 oleh Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Terkini jumlah guru di SKSP adalah seramai 11 orang dan
mempunyai seramai 61 orang murid Orang Asli.
DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian ini berfokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Penjelasan
tentang cabaran-cabaran yang ditemukan melalui kajian ini adalah seperti berikut:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 287

