Page 304 - e Prosiding Serai 2021
P. 304

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Kajian Ramle et al., (2014) terhadap
               murid Orang Asli di Kelantan dan di Terengganu mendapati bahawa murid Orang Asli masih

               berhadapan  dengan  masalah  Kemahiran  3M  dan  literasi  Bahasa  Melayu  yang  lemah.
               Dapatan kajian ini selari dengan kajian Mohd Hasani Dali & Abdul Sukor (2012) iaitu hampir
               lapan hingga 10 orang murid dalam setiap kelas tidak dapat membaca dan menulis dengan

               baik. Kajian Norizan (2019) di sekolah Orang Asli di Terengganu pula menemukan bahawa
               kedudukan Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kedua kerana pengaruh bahasa ibunda

               yang kuat dalam kalangan murid Orang Asli. Namun begitu, Noraida & Noor ‘Ashikin, 2010
               mendedahkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Orang Asli
               adalah penting supaya anak-anak Orang Asli memahami mata pelajaran lain yang diajar oleh

               guru di sekolah. Dalam aspek kecerdasan kanak-kanak Orang Asli pula, Nazri et al., (2019)
               dalam kajiannya menemukan bahawa dalam usaha mengembangkan intelektual Orang Asli

               bahasa ibunda mereka perlu dilestarikan dan dikekalkan untuk membentuk jati diri Orang Asli.
               Proses  pembelajaran  kanak-kanak  Orang  Asli  tidak  hanya  terhad  kepada  pencapaian
               akademik  sebaliknya  merentasi  intelektual  Orang  Asli  melalui  bahasa  dan  budaya  yang

               diserap dalam proses pembelajaran kanak-kanak Orang Asli.

               METODOLOGI


               Kajian  ini  merupakan  kajian  kualitatif  yang  bersifat  kajian  kes.  Lokasi  kajian  di  Sekolah
               Kebangsaan Sungai Pergam (SKSP), dalam daerah Kemaman, Terengganu. Sampel kajian

               terdiri daripada empat orang guru Bahasa Melayu, lima orang murid Orang Asli, dua orang
               pentadbir sekolah, wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), ibu bapa murid Orang Asli
               dan dua orang pemimpin setempat. Kaedah pengumpulan data dilaksanakan melalui teknik

               temu bual secara berkumpulan, pemerhatian ikut serta dan analisis dokumen. Data kajian
               dianalisis  menggunakan  perisian  Nvivo  Plus.  Kajian  ini  berasaskan  Model  Pembangunan
               Pendidikan  GPILSEO  (goals,  pedagogy,  institution,  leadership,  spread,  evidence)  yang

               dibangunkan oleh Russell Bishop et.al (2010). Walau bagaimanapun, kajian ini memberi fokus
               terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang
               Asli yang kuat mempengaruhi pencapaian murid Orang Asli pada abad ini (Ramle et.al, 2014;

               KPM, 2013). Lokasi kajian ini ditunjukkan dalam rajah 1 seperti berikut;
















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                286
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309