Page 302 - e Prosiding Serai 2021
P. 302

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Melalui PPPM (2013-2015) kualiti pendidikan di sekolah luar bandar turut diberi perhatian.

               Semua  murid  diberi  hak  untuk  mendapatkan  kualiti  pembelajaran  yang  berkesan  tanpa
               mengira etnik termasuk murid Orang Asli (KPM, 2012). Selaras dengan hasrat ini, pada tahun
               2007 KPM telah  memperkenalkan Kurikulum Asli Penan (KAP) di sekolah-sekolah Orang Asli

               untuk  meningkatkan  pencapaian  murid  Orang  Asli  bagi  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu,
               Matematik dan Bahasa Inggeris. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM

               2013-2025)  Anjakan  2,  pemerkasaan  Bahasa  Melayu  dalam  kalangan  murid  Orang  Asli
               menjadi fokus utama KPM untuk meningkatkan tahap pendidikan murid Orang Asli pada abad
               ini. Pedagogi guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan proses pengajaran di sekolah

               Orang Asli turut diberi penekanan oleh pihak KPM kerana Bahasa Melayu merupakan medium
               utama  dalam  proses  penyampaian  ilmu  di  sekolah.  Agenda  ini  merupakan  usaha  untuk

               membantu anak-anak Orang Asli mengusai semua mata pelajaran yang diajar oleh guru di
               sekolah (KPM, 2013). Kegagalan murid-murid Orang Asli menguasai Bahasa Melayu dengan
               baik menyebabkan anak-anak Orang Asli turut ketinggalan dalam mata pelajaran lain yang

               diajar oleh guru di sekolah (Noraida & Noor ‘Ashikin, 2010).
                       Namun  begitu,  impak  perubahan  dalam  sistem  pendidikan  abad  ini  masih  kurang
               berlaku  dalam  komuniti  masyarakat  Orang  Asli.  Kajian  daripada  pengkaji  tempatan

               menunjukkan peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan murid Orang Asli masih lagi
               berada pada tahap yang membimbangkan. Kajian Ramle et al., (2014) terhadap murid Orang
               Asli di Kelantan menunjukkan bahawa pencapaian murid Orang Asli masih pada tahap tidak

               memberangsangkan. 67% murid Orang Asli masih tidak dapat menguasai dengan baik. Kajian
               Ramle et al., (2014) di sekolah Orang Asli di Terengganu pula, sekali lagi menemukan bahawa

               75% daripada 115 orang murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua menghadapi masalah
               pertuturan dalam Bahasa Melayu dan terlibat dengan masalah literasi Bahasa Melayu yang
               hebat. Kajian Mohd Hasani Dali (2012) dan Abdul Sukor (2011) menemukan hasil dapatan

               yang sama iaitu hampir 8 hingga 10 orang murid dalam setiap kelas tidak dapat membaca
               dan menulis dengan baik. Kedudukan Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kedua kerana

               pengaruh  bahasa  ibunda  yang  kuat  dalam  kalangan  murid  Orang  Asli.  Walaupun  pihak
               kerajaan  telah  berjaya  menaik  taraf  kehidupan  dan  infrastruktur  masyarakat  Orang  Asli
               namun, keciciran dalam kalangan anak-anak Orang Asli masih lagi belum selesai dan guru-
               guru yang mengajar anak-anak Orang Asli masih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran

               yang melingkari kehidupan anak-anak orang Asli (Ramle et al., 2014; Suhaimi, 2012). Pada
               tahun 2016 jumlah murid Orang Asli di sekolah menengah adalah 27,603 dan jumlah murid

               Orang  Asli  yang  menyambung  pelajaran  ke  peringkat  ijazah  seramai  173  orang  (JAKOA,
               2017).  Jumlah  tersebut  menunjukkan  bahawa  tahap  pendidikan  Orang  Asli  masih  perlu
               dibangunkan  kerana  jumlah  anak  Orang  Asli  yang  menyambung  pelajaran  masih  kecil


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                284
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307