Page 303 - e Prosiding Serai 2021
P. 303

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               berbanding dengan jumlah sebenar murid Orang Asli di bangku persekolahan. Isu keciciran
               dalam kalangan anak-anak Orang Asli masih lagi berlaku dan guru-guru yang mengajar anak-

               anak Orang Asli masih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran yang melingkari kehidupan
               anak-anak Orang Asli, (Nicholas. C,. 2007; Suhaimi, 2012, Singh, N. K., & Reyhner, J. 2013;
               Ramle et al., 2014; Castagno et al., (2015),  Norizan, 2019).

                       Kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan komuniti Orang Asli banyak memberi
               tumpuan  kepada  aspek  kesihatan,  undang-undang,  ekonomi  dan  pembangunan.

               Sungguhpun  sudah  ada  kajian  sebelum  ini  yang  membincangkan  tentang  masalah
               pembelajaran  kanak-kanak  Orang  Asli,  namun  kajian  tersebut  dibahaskan  secara  umum.
               Maka,  kajian  ini  telah  dilaksanakan  secara  mendalam  untuk  memahami  cabaran  yang

               dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu secara lebih dekat. Rentetan daripada permasalahan
               yang telah dikenal pasti telah mendorong pengkaji untuk melihat sendiri dan mengumpul data

               berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu di sekolah Orang Asli.
               Kajian  ini  berasaskan  Model  Pembangunan  Pendidikan  GPILSEO  yang  berfokus  kepada
               goals, pedagogy, institution, leadership, spread, evidence (Russell Bishop et al., 2010).


               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada dua objektif berikut:

                   1.  Memahami cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang
                       Asli.

                   2.  Mencadangkan  pendekatan  efektif  untuk  memperkasakan  Bahasa  Melayu  dalam
                       kalangan murid Orang Asli.

               PERSOALAN KAJIAN


               Bagi  memenuhi  objektif  yang  ditetapkan,  kajian  kes  yang  dijalankan  ini  bertujuan  untuk
               mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian berikut:

                   1.  Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang Asli?
                   2.  Apakah pendekatan efektif yang perlu dilaksanakan untuk memperkasakan Bahasa

                       Melayu dalam kalangan murid Orang Asli?.

               KAJIAN LITERATUR


               Kajian literatur berkisar tentang pendidikan dan pedagogi guru dalam proses pengajaran dan
               pembelajaran bersama anak-anak Orang Asli di sekolah. Berkait dengan impak perubahan
               dalam sistem pendidikan komuniti masyarakat Orang Asli kajian daripada pengkaji-pengkaji

               tempatan menunjukkan peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan murid Orang Asli



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                285
   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308