Page 307 - e Prosiding Serai 2021
P. 307

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               adalah impak daripada kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran 3M. Hasil temu bual
               bersama guru-guru dan pihak pentadbir dapat ditunjukkan dalam jadual 2 seperti berikut:


                                        Jadual 2: Tahap Literasi Murid Orang Asli

                Tahap     Bil     Literas   Kemampua       Kemampua       Kemampuan         Kemampua
                          Muri    i         n Bertutur     n Menulis      Berkomunikas      n
                          d       Bacaa     dengan         Bahasa         i Dua Hala        Menyatakan
                                  n         Bahasa         Melayu                           Maksud dan
                                            Melayu         dengan                           Penggunaa
                                                           Baik                             n Perkataan
                                                                                            Bahasa
                                                                                            Melayu
                 Tahun      09       2            8              2               9                1
                    1
                 Tahun      08       3            8              3               8                2
                    2
                 Tahun      12       10          12              8               12               5
                    3
                 Tahun      07       7            7              5               7                4
                    4
                 Tahun      14       11          14              9               14               6
                    5
                 Tahun      11       9           11              7               11               5
                    6
                Jumla       61       42          60             34               61              23
                h


               Sumber: Kajian Lapangan (2021)

               Merujuk kepada jadual 2, sebanyak 60 orang murid mampu bertutur dengan Bahasa Melayu
               dan sebanyak 61 orang murid dapat berkomunikasi secara dua hala. Namun begitu, seramai
               42 orang (68.8%) daripada 61 jumlah murid masih lemah dalam literasi bacaan dalam Bahasa

               Melayu. Seramai 34 orang (55.7%) mampu menulis dengan baik dan hanya 23 orang murid
               (37.7%)  mampu  menyatakan  maksud  dan  perkataan  dalam  Bahasa  Melayu.  Dapatan
               menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah murid di SKSP berhadapan dengan masalah

               tidak  dapat  menterjemahkan  kosa  kata  Bahasa  Melayu  mengikut  konteks  penggunaan
               semasa  berkomunikasi  menggunakan  Bahasa  Melayu.  Pemahaman  dalam  konteks

               penggunaan bagi setiap kosa kata dalam sesuatu bahasa amat penting dalam memastikan
               proses interaksi berlangsung dengan sempurna dan mesej yang disampaikan difahami dan
               dapat diterjemahkan dengan betul (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2005). Penemuan kajian

               ini selari dengan dapatan pengkaji-pengkaji sebelum ini (Ramle, 2014; Muhammad Juhdi,
               2009; Mohd Hasani, 2012) bahawa murid Orang Asli berhadapan dengan masalah literasi

               dalam  Bahasa  Melayu  iaitu  seramai  42  orang  (68.9%)  murid  di  SKSP  berdepan  dengan
               masalah literasi Bahasa Melayu.  Berdasarkan pemerhatian ikut serta bersama guru di dalam


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                289
   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311   312