Page 308 - e Prosiding Serai 2021
P. 308
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kelas juga didapati kemampuan murid bertutur dalam Bahasa Melayu semua tahap murid dari
tahun 1 hingga tahun 6 masih lemah. Masalah literasi ini memberi cabaran yang hebat kepada
guru-guru Bahasa Melayu khususnya dalam aspek penulisan karangan (Mahzan, 2003).
Ketidakupayaan murid memahami konsep perkataan dalam Bahasa Melayu menyebabkan
murid tidak dapat mengimplikasi Bahasa Melayu dalam penulisan karangan dengan baik.
Cabaran ini telah pun didedahkan oleh pengkaji lain seperti Mohd Hasani (2012), Johari &
Nazri, (2007), Ramle (2014), Johari Talib & Nazri Muslim (2007) bahawa kemampuan anak-
anak Orang Asli bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu terhad kepada beberapa
perkataan yang mudah sahaja.
Pengaruh Bahasa Ibunda
Murid-murid Orang Asli yang terlibat dengan kajian ini kebanyakannya berkomunikasi dengan
bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Semaq Beri. Bahasa Melayu hanya digunakan semasa
berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Hasil kajian lapangan selama di lokasi kajian
mendapati bahawa Bahasa Semaq Beri merupakan bahasa pertama yang digunakan oleh
semua murid di SKSP dari tahun 1 hingga tahun 6. Bahasa ibunda ini turut digunakan semasa
perbincangan bersama rakan walaupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berlangsung di dalam kelas. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati
bahawa Bahasa Melayu hanya digunakan oleh murid semasa berkomunikasi bersama guru.
Dapatan kajian ini selari dengan pengkaji-pengkaji tempatan lain seperti Ramle et al., (2014),
Mohamad Johdi (2009), Suhaimi (2012), Norizan (2018) bahawa penggunaan bahasa ibunda
dalam kalangan murid Orang Asli di sekolah adalah impak daripada pengaruh penggunaan
bahasa ibunda di rumah.
Masalah Penggunaan Modul Kurikulum Asli Penan (KAP)
Guru-guru di lokasi kajian juga berhadapan dengan cabaran penggunaan modul KAP dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Meskipun KAP telah melalui beberapa siri
penambahbaikan namun, hasil kajian lapangan mendapati bahawa penggunaan KAP
khususnya dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SKSP adalah terhad kerana masih
terdapat murid yang lemah dalam kemahiran 3M. Berikut adalah transkripsi temu bual
bersama peserta kajian.
“Saya dan guru-guru Bahasa Melayu di sini jarang menggunakan KAP
sebab tahap KAP bagi sekolah sini aras tinggi sebab budak-budak kita
ada yang tidak boleh kuasai 3M. Kalau guna KAP cikgu kena ubahsuai
juga dengan tahap murid (R: 1)
“Saya 3 kali hadir taklimat KAP tapi apabila balik ke sekolah, macam
sedia ada juga, guru-guru kena guna cara sendiri ajar mereka. Kalau
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 290

