Page 309 - e Prosiding Serai 2021
P. 309

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                           di sekolah Orang Asli yang lain mungkin KAP boleh guna tetapi, di
                           SKSP penggunaan KAP terhad, seingat saya sudah dua tahun saya
                           tidak menggunakan KAP” (R: 2)

                           “Bagi  saya  elemen  dalam  KAP  tidak  sepenuhnya  membantu  guru
                           dalam  proses  PdP,  elemen  yang  terkandung  dalam  KAP  bersifat
                           kemahiran asas. Sedangkan kami di sisni berhadapan dengan murid-
                           murid  yang  lemah  kemahiran  3M,  elemen  dalam  KAP  tidak
                           sepenuhnya  membantu  kami  menerapkan  kemahiran  3M  kepada
                           murid” (R:3)

               Sumber: Kajian Lapangan (2021)

               Hasil kajian ini bukanlah menidakkan kejayaan modul KAP dalam meningkatkan pencapaian
               pendidikan anak-anak Orang Asli, namun berdasarkan transkripsi temu bual menunjukkan
               bahawa modul KAP masih tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya di sekolah Orang Asli di

               Terengganu. Kesediaan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengubahsuai KAP dengan aktiviti
               pengajaran di dalam kelas merupakan suatu desakkan yang menyukarkan guru kerana pada

               masa yang sama pengajaran guru juga harus memenuhi kurikulum yang telah ditetapkan
               dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Masalah penggunaan KAP di sekolah
               Orang Asli yang lain  juga turut disentuh oleh Ramlah (2008), Sharifah et al., (2012) bahawa
               guru-guru terpaksa mengubahsuai elemen yang terkandung dalam KAP dengan keperluan

               murid di sekolah. Hasil temu bual juga mendapati bahawa elemen budaya Orang Asli kurang
               diberi penekanan dalam KAP. Guru-guru mengambil usaha mengubahsuai beberapa elemen

               dalam  KAP  supaya  selari  dengan  budaya  Orang  Asli  dalam  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran.


                Pengaruh Persekitaran
               Guru-guru  Bahasa  Melayu  juga  berhadapan  dengan  cabaran  yang  melingkari  kehidupan

               murid  Orang  Asli  yang  menyebabkan  usaha  guru-guru  dan  pihak  sekolah  dalam
               memperkasakan  pendidikan  dalam  kalangan  murid  Orang  Asli  terhalang.  Ketiadaan
               sokongan daripada keluarga menyebabkan menyukarkan proses pengajaran dalam kalangan

               guru.  Ketiadaan  sokongan  keluarga  menyebabkan  masih  terdapat  murid  Orang  Asli  yang
               tidak bersekolah dan ahli keluarga juga tidak memberikan contoh atau model kejayaan kepada
               anak-anak Orang Asli. Terdapat juga murid yang berjaya ke sekolah menengah tetapi tidak

               hadir ke sekolah dan tidak dapat dikesan dan tidak hadir ke sekolah selama beberapa bulan
               (Norizan,  2019;  Mohd  Asri,  2012).  Walaupun  peratus  kehadiran  murid  ke  sekolah  telah
               meningkat dari 40-50% ke 86% antara tahun 2015 hingga 2020 namun, peningkatan tersebut

               hasil daripada usaha pihak sekolah menjemput murid yang tidak hadir ke sekolah. Hasil temu
               bual bersama guru-guru di SKSP, pihak pentadbir dan guru-guru menjemput murid di rumah

               pada setiap pagi telah menjadi amalan. Hasil temu bual juga mendapati bahawa terdapat


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                291
   304   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314