Page 310 - e Prosiding Serai 2021
P. 310

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sokongan  daripada  pihak  Majlis  Agama  Islam  dan  Adat  Melayu  (MAIDAM)  dan  Pejabat
               Pendidikan  Daerah  (PPD)  Kemaman  melalui  program  makanan  percuma  kepada  murid-

               murid. Usaha ini dilaksanakan untuk menarik minat murid ke sekolah. Begitu juga  dengan
               usaha guru-guru yang telah memberi hadiah terhadap murid yang memberi komitmen yang
               baik dalam pelajaran. Namun, masalah dalam pembelajaran dalam kalangan murid masih

               berlaku. Pemberian hadiah adalah usaha untuk menarik minat murid untuk mereka hadir ke
               sekolah.  Data  kajian  ini  selari  dengan  Teori  Pavlov  bahawa  bahan  rangsangan  dapat

               mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid (Amir Awang, 1986).
                       Hasil  pemerhatian  di  perkampungan  Orang  Asli  Sungai  Pergam  juga  mendapati
               bahawa pembelajaran murid tidak berlaku di rumah sebaliknya anak-anak Orang Asli hanya

               belajar di sekolah bersama guru sahaja. Temu bual bersama ibu bapa juga menunjukkan
               bahawa  mereka  menyerahkan  urusan  pembelajaran  anak-anak  mereka  kepada  guru

               sepenuhnya. Hasil pemerhatian juga mendapati bahawa situasi kediaman Orang Asli tidak
               menarik minat murid untuk belajar kerana ketiadaan kemudahan untuk aktiviti pembelajaran
               seperti kerusi dan meja. Selain daripada ketiadaan kemudahan untuk belajar, murid Orang

               Asli  juga  dihimpit  masalah  ruang  tempat  tinggal  yang  sempit  dan  tidak  kondusif.  Hasil
               pemerhatian dan temu bual bersama pemimpin setempat, kebanyakan penduduk berkongsi
               antara dua hingga tiga buah keluarga dalam sebuah rumah. Situasi ini memang tidak memberi

               ruang kepada murid Orang Asli untuk belajar dan masa dihabiskan di luar rumah dengan
               bermain dan mengikut keluarga ke hutan.


               Ketidaksefahaman Pemimpin Setempat
               Ketidaksefahaman antara pemimpin setempat juga memberi cabaran kepada guru-guru di

               sekolah Orang Asli. Masalah dalam kepimpinan berkait dengan pengagihan bantuan yang
               menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  antara  pemimpin  dan  para  penyokong.  Perselisihan  ini
               menyebabkan  ada  dalam  kalangan  pemimpin  dan  penyokong  berpecah  dua  iaitu  satu

               kumpulan yang kekal di penempatan dan satu kumpulan lagi lari dan membina penempatan
               baharu di dalam hutan. Perpindahan ahli keluarga ini secara tidak langsung mengheret anak-

               anak Orang Asli ke hutan dan meninggalkan alam persekolahan selama beberapa bulan.
               Situasi ini merupakan cabaran yang besar kepada guru-guru dan pengurusan sekolah dalam
               memastikan  keberadaan  murid  ke  sekolah  bagi  mengikuti  proses  pengajaran  dan
               pembelajaran.  Usaha  memulihkan  murid-murid  Orang  Asli  dalam  aspek  kemahiran  3M,

               literasi dan intervensi terhadap masalah pembelajaran kanak-kanak Orang Asli dalam konteks
               bahasa juga tertangguh akibat ketidakhadiran murid ke sekolah.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                292
   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315