Page 270 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 270
5.2 MELAKUKAN INOVASI PRODUK
PEMPROSESAN MAKANAN
Pengumpulan Maklumat Berkaitan Cadangan
Inovasi Produk Pemprosesan Makanan
Pengenalan
Sebelum kita memulakan sesuatu inovasi, kita perlu mengumpul
maklumat terlebih dahulu tentang makanan yang hendak diinovasikan 5.2.1 Mengumpul maklumat
secara sistematik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan cadangan inovasi
terperinci dan objektif produk dihasilkan. Semua maklumat boleh produk pemprosesan
makanan.
dikumpulkan dengan menggunakan proses yang dinamakan Borang
Ringkasan Projek (Projek Brief).
Projek Brief
Projek brief merupakan satu proses perbincangan awal antara tiga pihak iaitu pengurus projek, pelanggan
dan pereka bentuk. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat daripada pelanggan, ditukarkan kepada
idea seterusnya dibuat lakaran bebas berdasarkan kreativiti. Pertemuan antara pelanggan, pengurus projek
dan pereka bentuk ini dinamakan pertemuan tiga penjuru.
Komponen-komponen Projek Brief
1 • Berdasarkan kepada projek yang ingin
Tajuk
dihasilkan.
• Tajuk mestilah spesifik, supaya dapat
memberikan gambaran awal terhadap bentuk
dan fungsi produk.
• Tajuk boleh diambil daripada fungsi produk,
kelebihan atau keistimewaan produk.
• Contoh Keropok Lekor Cheese yang
menggambarkan keistimewaan kepada perisa
tambahannya iaitu keju.
2 Gambaran keseluruhan
• Gambaran awal penting diperoleh semasa
pertemuan tiga penjuru.
• Gambaran ini penting supaya maklumat yang
diperoleh tepat.
Kriteria produk
• Kriteria produk perlu melibatkan elemen dan prinsip
dalam reka bentuk.
• Jenis kriteria turut dibincangkan dalam pertemuan
tiga penjuru.
3 • Jenis kriteria juga termasuk produk-produk sejenisnya
yang sedia ada dalam pasaran sebagai penanda aras.
264

