Page 92 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 92
Kesimpulannya, kami dapati hasil kajian menunjukkan kursus yang dianjurkan mampu
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran responden. Hal ini menepati apa yang dijelaskan
oleh Becker ( 1994 ), bahawa program latihan mampu meningkatkan keupayaan fizikal dan
mental manusia termasuklah dari segi pengetahuan.
Bagi kajian yang kedua pula dilihat penilaian responden terhadap tenaga pengajar amat
memuaskan dan memberansangkan. Jadual 7 berikut menunjukkan penilaian responden
terhadap tenaga pengajar secara keseluruhan.
Pada pendapat kami, kejayaan sesuatu kursus amat bergantung kepada tenaga pengajar. Tenaga
pengajar haruslah yang mempunyai pengalaman dan berilmu kerana merupakan tunggak
utama dan tulang belakang kolej untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Justeru itu, kompetensi tenaga pengajar hendaklah seiring dengan bidang tugas yang
diamanahkan.
Pembolehubah N Min
Pengajar :-
Penyampaian kandungan kursus mencapai objektif 100 3.45
Cara penyampaian menarik, jelas dan difahami 100 3.35
Min Keseluruhan 3.40
Jadual 7 : Min Keseluruhan bagi Tenaga Pengajar
Berdasarkan kepada Jadual 3, penilaian responden terhadap tenaga pengajar dengan min
keseluruhan 3.40 dan berada pada tahap sangat memuaskan.
Rajah 2: Min Keseluruhan Bagi Tenaga Pengajar
Pembelajaran adalah suatu proses dimana ianya akan mengubah sikap dan kelakuan
seseorang individu (Roger,2003). Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) bukan sahaja perlu
diperkasakan oleh individu yang diluar bidang pendidikan tetapi tenaga pengajar juga perlu
meneruskan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal dari
semasa ke semasa.
Secara keseluruhan, kajian mendapati responden mempunyai minat dan kemahuan untuk
belajar semata-mata ingin mengubah nasib keluarga dan meningkatkan pendapatan isi rumah
sekaligus keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui kursus ini juga dapat meningkatkan
keyakinan golongan ibu tunggal supaya kuat dan mampu untuk menyesuaikan diri dan
bersaing dnegan masyarakat di luar. Ini selari dengan pendapat Mohd. Rizal & Rosmawati
(2008), yang menyatakan bahawa melalui latihan dan pergaulan membolehkan mereka memberi
sumbangan kepada masyarakat, disamping mampu meningkatkan keyakinan seseorang.
90

