Page 93 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 93
RUMUSAN DAN CADANGAN
Berdasarkan penemuan hasil kajian, ternyata kursus-kursus yang dianjurkan melalui Program
Jalinan Kasih–Jom Masuk Kampung Siri 1 & 3 yang dianjurkan telah berjaya mempengaruhi
minda dan sikap dua (2) komuniti kampUng yang dipilih. Walaupun bilangan yang menjadi
usahawan sangat sedikit (28.6 %), yang penting mereka telah mendapat ilmu untuk mengubah
diri dan keluarga selain membina keyakinan dalam diri mereka. Mengikut Johnston &
Parker (1987) “asas kekayaan sebenar negara ialah rakyatnya iaitu sumber manusia yang
dilambangkan oleh pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Pendidikan dan latihan adalah
sistem asas di mana sumber manusia sesebuah negara dikekalkan dan dipertingkatkan”.
Terdapat beberapa limitasi yang dilalui ketika iaitu kekangan masa untuk menghubungi dan
mengunjungi, kedaifan responden (tidak mempunyai telefon) serta alamat yang tidak lengkap
sekaligus menghalang pergerakan kami.
Namun semuanya dapat kami dapati kerana ingin melihat kejayaan demi kejayaan peserta
kursus yang kami asuh dan didik. Semoga ilmu dan kemahiran ini akan terus berkembang
dan dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir berkursus setiap hari di Kolej Komuniti Sik.
RUJUKAN
Abu Bakar, T. @ S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. dan Muktar, S. N., (2007). Penglibatan
Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-Faktor
Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan
Adnan, A. & Mohamad Dahlan, I. 2002. Keusahawanan di Malaysia: Keusahawanan Islam.
Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia.
Hisrich, R., & Peters M. (2002). Entrepreneurship, McGraw Hill, 5th ed, International Edition.
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006 Keusahawanan Dan Daya Saing Usahawan Melayu
Di Sektor Pelancongan : Pengenalan Oleh Yahaya Ibrahim Norsiah Ahmad
Kamus Dewan. “ Dewan Bahasa dan Pustaka ”. ( 2000 ).
Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bagi Tenaga Pengajar Di Institut Latihan Kemahiran
Di Malaysia Oleh : Mimi Mohaffyza binti Mohamad Che Munira binti Che Razali Fakulti
Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Yahaya Ibrahim & Norsiah Ahmad, 2001. Usahawan Kecil di Pulau Terpencil: Keupayaan dan
Masa Depan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan & Perniagaan Kecil.
Universiti Utara Malaysia.
Sabitha Marican & Mahmood Nazar Mohamed, 1994. “ Usahawan Wanita: Cabaran dalam
Usahaniaga. “ Usahawan, Mac-Apr, 26-29.
91

