Page 94 - Kelestarian Inovasi dan Penyelidikan Kolej Komuniti Sik
P. 94

Kecenderungan Graduan Kolej Komuniti Sik
               Memilih Kerjaya Keusahawanan Setelah Tamat Pengajian


                                        Nurul Nadiah Binti Shahrom

                                         Kolej Komuniti Sik, Kedah
                                            nnadia@kksik.edu.my



                                        Rahanita Binti Abd. Rahman
                                         Kolej Komuniti Sik, Kedah

                                      rahanitaabdrahman@gmail.com



                                       Nur Adilah Binti Abdul Halim
                                          nuradilah.ah@gmail.com



           Abstrak

           Berdasarkan 10 Lonjakan Pelan Pembangunan  Pendidikan Malaysia 2015 – 2025, Bakat
           Terpelajar Dipacu  Nilai  melalui Lonjakan  1 iaitu Graduan  Holistik,  Berciri  Keusahawanan
           dan Seimbang.  Masalah lambakan graduan tidak berkerja kerana tidak mendapat peluang
           pekerjaan secara makan gaji kian meruncing. Ini kerana graduan menganggap makan gaji
           merupakan pilihan mudah untuk kerjaya mereka. Menjadi usahawan bukan kerjaya pilihan
           dan kurang digemari.  Mentaliti  ini  perlu diubah seiring  dengan langkah kerajaan yang
           menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawan selepas tamat pengajian. Justeru itu,
           subjek Keusahawanan diperkenalkan seawal di bangku sekolah lagi sehingga ke peringkat
           pengajian tinggi agar menarik minat pelajar menceburi bidang keusahawanan dari awal. Tujuan
           utama kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
           keusahawanan di kalangan graduan Kolej Komuniti Sik setelah tamat pengajian. Kajian yang
           dijalankan ini berbentuk mixed-method iaitu melakukan tinjauan dengan kaedah kuantitatif.
           Instrumen kajian yang digunakan  adalah soal selidik dengan menggunakan  Skala Likert.
           Alalisis data dilakukan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 17.0
           bagi pendapatkan peratusan tinjauan. Responden terdiri daripada keseluruhan 53 graduan
           yang telah tamat pengajian pada November 2017. Kaedah kualitatif melalui proses temubual
           responden juga telah dilakukan ke atas enam orang responden. Fokus kajian untuk mengetahui
           faktor  utama  yang mempengaruhi pemilihan  kerjaya  keusahawanan di  kalangan graduan
           samada dipengaruhi oleh faktor luaran seperti ahli keluarga dan peluang kerjaya ataupun
           faktor dalaman iaitu  minat terhadap kerjaya keusahawanan serta latihan keusahawanan
           yang pernah dihadiri oleh mereka semasa dalam pengajian di Kolej Komuniti Sik. Dapatan
           kajian menunjukkan faktor ingin berdikari dan waktu kerja yang fleksibel merupakan faktor
           utama yang mendorong graduan Kolej Komuniti Sik memilih kerjaya keusahawanan setelah
           tamat pengajian. Ini diikuti oleh faktor dalaman iaitu minat terhadap kerjaya keusahawanan
           yang disemai  ketika melanjutkan pengajian di kolej.  Kajian ini  diharap dapat membantu
           Unit  Keusahawanan Kolej Komuniti Sik memperbaiki tahap pengajaran melalui  Modul
           Keusahawanan dan Perusahaan Makanan dalam memberi input dan latihan kepada pelajar-
           pelajar disamping memberi motivasi  bahawa kerjaya dalam bidang keusahawanan  adalah
           satu kerjaya yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan selepas tamat pengajian.

           Kata Kunci: Keusahawanan, kerjaya, pelajar kolej komuniti

                                                       92
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99