Page 57 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 57

Anggota untuk Menstabilkan Kertas Dalam Penguasaan Kemahiran Menulis Mekanis

                                1 Mohamad Faris Asyraf Bin Mohd Redzuan,  Yuznaili Saleh, Ph.D
                                                                       2
                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                          mohamad09-909@epembelajaran.edu.my

                                                         Abstrak

        Anggota yang digunakan untuk menstabilkan kertas mempengaruhi kecekapan menulis. Aktiviti menstabilkan kertas
        yang tidak dilakukan semasa menulis menyebabkan tulisan seseorang murid itu sukar dibaca. Malahan, kajian juga
        mendapati tiada sebarang anggota untuk menstabilkan kertas semasa menulis menjadi punca seseorang murid tidak
        mampu menguasai asas kemahiran menulis. Kajian bagi menyelidik anggota untuk menstabilkan kertas banyak dikaji
        kepada murid prasekolah. Namun, didapati masih kurang kajian dilaksanakan bagi mengenal pasti anggota untuk
        menstabilkan kertas dalam kalangan murid tahap satu. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menyelidik anggota untuk
        menstabilkan kertas dalam kalangan murid tahap satu. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif.
        Responden kajian ini terdiri daripada tiga orang murid tahap satu. Kajian ini telah menggunakan sebuah instrumen
        berbentuk senarai semak yang mewakili konstruk kemahiran motor halus iaitu, genggaman pensel, kecondongan kertas,
        ukuran kedudukan hujung jari daripada hujung pensel, anggota untuk menulis dan anggota untuk menstabilkan kertas.
        Dapatan kajian menunjukkan murid kurang menggunakan sebarang anggota untuk menstabilkan kertas. Hasil kajian ini
        membuktikan bahawa tiada anggota yang digunakan untuk menstabilkan kertas berlaku dalam kalangan murid-murid
        tahap satu. Perkara ini akan memberi impak yang negatif sekiranya tidak segera ditambah baik. Oleh itu, dapatan kajian
        ini dapat dijadikan panduan terhadap guru dalam membetulkan kebiasaan amalan kemahiran menulis.

        Kata kunci: anggota, menstabilkan kertas, kemahiran menulis mekanis, tahap satu

                                                  ---------- +++++ ----------

                               Masalah Penulisan Karangan Bahasa Melayu Dalam Kalangan
                                       Murid Bukan Penutur Natif Di Sekolah Rendah

                                                    2
                                1 Aman Shah Syed Ali,  Zamri Mahamod ,  Mohammed Azlan Mis
                                                                     3
                                             1 Kementerian Pendidikan Malaysia
                                      2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
                             3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia
                                                p101127@siswa.ukm.edu.my

                                                         Abstrak

        Kajian ini bertujuan untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh murid bukan penutur natif dalam penulisan karangan
        Bahasa Melayu di sekolah rendah. Seramai lapan orang guru sekolah rendah yang mengajar mata pelajaran Bahasa
        Melayu telah dipilih sebagai peserta kajian. Antara kriteria pemilihan peserta kajian ialah guru mestilah mengajar
        Bahasa Melayu untuk murid tahap dua sekurang-kurangnya lima tahun. Kesemua peserta kajian yang dipilih secara
        persampelan bertujuan ini mengajar di lapan buah sekolah rendah yang terletak di daerah Semporna, Sabah. Sekolah-
        sekolah yang dipilih sebagai lokasi kajian mempunyai murid yang majoritinya bukan penutur natif bahasa Melayu, iaitu
        dalam kalangan etnik Bajau. Instrumen temu bual separa berstruktur digunakan dan data dianalisis secara bertema
        menggunakan perisian Atlas.ti 8.24 (versi Mac). Dapatan kajian menunjukkan, kemahiran bahasa Melayu yang paling
        sukar dikuasai oleh murid bukan penutur natif ialah kemahiran penulisan karangan. Murid bukan penutur natif mempunyai
        masalah dalam aspek penjanaan idea, aspek teknikal penulisan karangan dan masalah penguasaan kosa kata yang
        terhad. Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian untuk mengatasi masalah murid bukan penutur natif dalam
        penulisan karangan. Antaranya, memperluas tahap penguasaan kosa kata murid, merangsang murid untuk berfikir dan
        menjanakan idea serta mempertingkatkan penguasaan format karangan dan jenis karangan murid. Data daripada kajian
        ini penting untuk menambah baik PdP penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif.

        Kata kunci: bahasa melayu, penulisan karangan, murid bukan penutur natif, sekolah rendah, etnik Bajau

                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         55
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62