Page 59 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 59
Novel-Novel Penulis Kelantan: Faktor-Faktor Perkembangan, Proses Perkembangan,
Latar Belakang Pengarang dan Pemikiran Pengarang (1920 – 2000)
Sarji Bin Kasim, Ibrahim Bin Isha,
Azit Deraman, Zulkifli Bin Abdullah
Abstrak
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang kedudukkan dan sejarah negeri Kelantan. Seterusnya akan dibincangkan
tentang faktor-faktor kelahiran pengarang Kelantan, latar belakang pengarang novel penulis Kelantan dan aspek
pemikiran yang digarap oleh pengarang. Perkembangan ini akan dilihat bermula tahun 1920 sehingga tahun 2000. Ini
bermakna tempoh abad ke-20 akan diberi penekanan namun demikian, akan dibincangkan juga selepas tahun 2000
jika bersesuaian. Memandangkan tempoh masa yang begitu panjang, pengkaji hanya akan mengambil beberapa nama
sahaja penulis novel yang telah mencipta nama dalam bidang ini dan telah membuka satu peradaban baharu bukan
sahaja di negeri Kelantan tetapi juga peringkat kebangsaan. Tahun 1920 dipilih kerana pada tahun ini dianggap masa
yang sangat penting kerana banyak karya diterbitkan dengan kepesatan teknologi percetakan dan terbitnya majalah
yang dijadikan landasan yang sangat penting kepada pengkarya untuk mempublikasikan hasil karya melalui media
tersebut. Seterusnya, tahun 2000 dipilih kerana berakhirnya abad ke-20 dan dalam tempoh ini selama 80 tahun sangat
bermakna untuk melihat perkembangan kesusasteraan penulisan novel sumbangan mereka dalam memartabatkan
kesusasteraan tanah air.
---------- +++++ ----------
Analisis Keperluan Kerangka Aplikasi M-Pembelajaran Dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah
2
1 Wan Kamarulzaman Wan Yusoff, Mohamad Nizam Nazarudin, Ph.D
1 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
2 Universiti Malaysia Sabah
wkamarulzaman@gmail.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan kerangka aplikasi M-Pembelajaran bagi meningkatkan
kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan
kajian reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa. Fasa pertama ialah analisis keperluan melibatkan
51 guru prasekolah kelolaan KPM dengan menggunakan instrumen soal selidik berpandukan model UTAUT untuk
menyiasat keperluan dan keinginan guru dalam menggunakan aplikasi M-Pembelajaran. Model UTAUT mempunyai
empat jangkaan utama, iaitu jangkaan niat dan keinginan, prestasi, sikap serta usaha. Data yang diperolehi dianalisis
melalui statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Interpretasi data berdasarkan jadual pengukuran tahap
skor min yang diadaptasi daripada Yusri (2010). Dapatan kajian menunjukkan skor min yang tinggi, iaitu sekitar 4.37
hingga 4.51 terhadap jangkaan prestasi, manakala skor min yang tinggi juga turut diperolehi melalui jangkaan usaha
(4.24 hingga 4.41), jangkaan sikap (4.35 hingga 4.47) serta jangkaan niat dan keinginan (4.33 hingga 4.41). Ringkasnya,
diharapkan kajian ini menyumbang pengetahuan baharu yang bernilai kepada komuniti penyelidik, menjadi penanda
aras kepada pendidik dan ibu bapa serta menjadi rujukan kepada pemain industri aplikasi M-Pembelajaran.
Kata kunci: kerangka, kemahiran membaca, M-Pembelajaran, prasekolah
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 57

