Page 61 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 61
Segi Tiga Visual Dalam Kemahiran Bertutur Penutur Bukan Natif
Nazhatul Aliah binti Sham, Norasiah binti Hj. Abdullah, Ph.D
IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
aliahsham22@gmail.com
Abstrak
Penguasaan kemahiran bertutur perlu bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti struktur ayat dan pengaruh bahasa ibunda dalam kemahiran bertutur murid bukan
penutur natif berbangsa India. Bilangan peserta dalam kajian ini adalah seramai tiga orang murid bukan penutur natif,
iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki. Struktur yang diketengahkan ialah alat Segi Tiga Visual (STV) yang
menggunakan visual dan unsur frasa. Penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid dalam
menjana idea dengan mudah dan bernas menggunakan alat Segi Tiga Visual (STV). Reka bentuk kajian yang digunakan
ialah kajian kes dengan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan
analisis dokum Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh murid semasa bertutur
sebelum menggunakan alat Segi Tiga Visual (STV). Selepas menggunakan alat Segi Tiga Visual (STV) murid telah
menunjukkan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kemahiran bertutur murid bukan penutur natif, iaitu
murid dapat bertutur dengan gambaran idea dan struktur ayat yang jelas. Justeru, implikasinya alat Segi Tiga Visual
(STV) dapat menjadi bahan sokongan kepada guru-guru untuk membantu murid-murid bukan penutur natif.
Kata kunci: murid bukan penutur natif, Segi Tiga Visual, kemahiran, bertutur idea
---------- +++++ ----------
Tahap Kesediaan Penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Tahun 5
Muhammad Syukran bin Rosli, Shamsul Aizuwani bin Nawi, Ph.D
IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
syukran09-917@epembelajaran.edu.my
Abstrak
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu elemen yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. PKJR ini merupakan satu perkara baharu yang perlu dilaksanakan oleh
guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada sebagai aktiviti atau sebagai bahan bantu mengajar khsusnya
menggunakan Buku Aktiviti Murid (BAM) yang telah disediakan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan dan
tahap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid Tahun
5. Model yang digunakan dalam kajian ini ialah Model SIM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 97 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah Zon Keramat. Instrumen kajian
yang telah digunakan ialah soal selidik. Data yang dipeoleh dianalisis sacara statistik deskriptif menggunakan SPSS
bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Berdasarkan dapatan kajian, tahap kesediaan murid
terhadap penggunaan Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berada
pada tahap tinggi manakala tahap penggunaan murid terhadap Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR turut berada pada tahap
tinggi. Keadaan ini menjadikan bahawa penyediaan bahan PKJR seperti Buku Aktiviti Murid (BAM) PKJR meningkatkan
kefahaman murid terhadap ilmu PKJR. Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat menyedarkan pihak yang berkaitan
dengan PKJR supaya dapat menambah baik pelaksanaan PKJR agar objektif KPM dan JKJR dapat dicapai untuk
melahirkan generasi yang cakna akan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Kata kunci: Buku Aktiviti Murid (BAM), Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR), Bahasa Melayu, pengajaran dan
pembelajaran, Tahun 5
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 59

