Page 60 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 60

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dengan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
                          Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

                                            2
                                                             3
                      1 Walaini binti Abu Bakar,  Norita binti Ariffin,  Umbi Ramdzan Al Akhir binti Mohd Nordin
                                           1, 3 Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh
                                            2 Pejabat Pendidikan Daerah Sepang
                                                   walaini66@gmail.com

                                                         Abstrak

        Kajian ini membincangkan dapatan tentang skor markah murid berdasarkan konstruk soalan dalam menjawab
        soalan pemahaman yang  menggunakan  pelbagai bahan format baharu SPM 2021. Kajian ini juga membincangkan
        penguasaan aras KBAT murid terhadap kemahiran membaca berdasarkan pelbagai bahan bacaan. Seterusnya,
        kajian ini  membincangkan  tahap  penguasaan kemahiran  berfikir murid  berdasarkan pengunaan  alat berfikir  grafik.
        Responden kajian ini seramai 46 orang murid sekolah menengah di dua negeri iaitu, di Selangor, (Sepang) dan di Pahang
        (Temerloh). Data kajian ini diperoleh melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Google Form.  Hasil
        dapatan  kajian menunjukkan pemahaman petikan bahan sastera berkecenderungan bertumpu di julat skor 0 hingga
        2. Seterusnya hasil kajian penguasaan aras KBAT terhadap kemahiran membaca soalan ceraian (iii) menunjukkan
        responden berada pada tahap penguasaan TP3 – TP4 (69.57%) diikuti TP1 – TP3 (15.43%) manakala purata TP 5 –
        TP 6 sebanyak (15.00%).  Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berfikir murid berdasarkan aplikasi
        alat berfikir grafik menunjukkan peningkatan tahap baik.  Peningkatan sebanyak (47.81 %) pada soalan (iii) KBAT Kritis
        menggunakan teknik Lajur Hubungan dan Inferans.  Manakala  dengan penggunaan alat berfikir grafik penyelesaian
        masalah menunjukkan peningkatan sebanyak (19.56 %) soalan KBAT penyelesaian masalah. Aplikasi KBAT dalam PdP
        perlu dilaksanakan secara berfokus dan berstruktur untuk memastikan berlakunya perkembangan berterusan tahap
        penguasaan (TP) murid.

        Kata kunci: Pentaksiran Bilik Darjah, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
        Kurikulum Standard Sekolah Menengah

                                                  ---------- +++++ ----------

                                     Kesan Penggunaan Google Earth Dalam Penulisan
                                      Karangan Rangsangan Bahasa Melayu Tahun 5

                                     Irfan Izzudin bin Md Jais, Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                            irfan09-969@epembelajaran.edu.my

                                                         Abstrak

        Dalam pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran menulis merupakan kemahiran tertinggi. Namun, terdapat kesukaran
        bagi murid untuk mengembangkan isi atau idea. Faktor persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif seperti pengajaran
        konvensional yang digunakan oleh guru menyebabkan suasana pembelajaran menjadi suram. Tujuan kajian ini adalah
        untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan aplikasi Google Earth dalam menulis karangan rangsangan Tahun 5
        dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kualitatif
        dan kaedah fenomenologi. Bagi kajian ini tiga orang guru Bahasa Melayu sekitar Kuala Lumpur telah dipilih. Kaedah
        pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis
        dokum Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penggunaan aplikasi Google Earth sangat berkesan dalam
        membantu murid merangsang idea yang lebih meluas dan tepat serta mewujudkan suasana PdPc yang menyeronokkan.
        Implikasi kajian ini berupaya memberi pengetahuan tambahan kepada guru khususnya guru Bahasa Melayu tentang
        keupayaan aplikasi Google Earth ini dalam PdPc penulisan karangan rangsangan. Dapatan kajian ini juga menyokong
        aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan penggunaan pembelajaran digital dalam
        sistem pendidikan di Malaysia.

        Kata kunci: Google Earth, kemahiran menulis, karangan rangsangan, Bahasa Melayu, fenomenologi


        KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                                                                                                                                         59
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65