Page 64 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 64

Perbualan Dalam Novel Salina: Satu Analisis Prinsip Kerjasama

                                      1 Muhammad Bin Che Majid,  Asnida Binti Zakaria,
                                                                2
                              3 Idawati Binti Moin,  Ruziyah Binti Zainol Abidin,  Suffian Bin Sulaiman
                                               4
                                                                        5
                                                 1 IPG Kampus Sultan Mizan
                                              2 IPG Kampus Darul Aman, Kedah
                                      3 IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
                                    4 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
                                          5 Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
                                                  gumat000@yahoo.com



                                                         Abstrak

        Novel adalah satu daripada genre dalam kesusateraan. Dalam penulisan novel, dialog atau pertuturan dipaparkan.
        Pertuturan atau perbualan dalam  novel itu memperliha  kekuatan atau kesenian bercakap antara individu dalam
        perbualan itu. Dalam setiap perbualan itu, kedapatan Prinsip Kerjasama  Grice (PKG). Grice (1975) mencadangkan yang
        setiap perbualan itu mesti mematuhi Prinsip Kerjasama supaya perbualan itu berlangsung dengan koheren dan efektif.
        Dalam Prinsip Kerjasama ini mengandungi empat maksim, iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim perkaitan dan
        maksim cara. Setiap maksim ini bekerjasama antara satu sama lain untuk memberi pemahaman sejelasnya kepada
        setiap pendengar. Dalam perbualan ini, terdapat juga maksim yang terlanggar, malah pendengar masih memahami butir
        perbualan tersebut. Maksim ini boleh dilanggar.  Untuk menganalisis perbualan melalui genre novel, maka novel Salina
        karya A. Samad Said dipilih. Dalam konsep perbualan dan analisis ini, selain Prinsip Kerjasama, konsep lakuan bahasa
        juga diambil kira. Kemahiran Bertutur dikaitkan sebagai rumusan untuk menjelaskan pemahaman pendengar kerana ini
        bertepatan dengan PK yang memperlihatkan kecekapan bertutur.

        Kata kunci: Novel Salina, Prinsip Kerjasama, Lakuan Bahasa, Implikatur dan kemahiran bertutur


                                                  ---------- +++++ ----------



                                   Pengumuman Dalam Pengangkutan Awam Di Malaysia

                                                  Muhammad Che Majid

                                           IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu
                                                  gumat000@yahoo.com



                                                         Abstrak

        Pengangkutan awam menjadi nadi pergerakan orang kini dengan pelbagai tujuan dan destinasi. Terdapat tiga jenis
        pengangkutan  awam  di  Malaysia,  iaitu  pengangkutan  udara,  air,  dan  darat.  Pengumuman  di  dalam  kenderaan  ini
        dilakukan oleh kakitangan pengangkutan itu mempunyai tujuan dan matlamat tertentu serta menjadi panduan kepada
        penggunanya. Pengumuman itu dibuat sama ada di dalam pengangkutan mahupun di luar. Kajian ini dijalankan
        dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Sebagai contoh, pengkaji selalu menggunakan pengangkutan udara
        ke destinasi yang dituju. Oleh itu, pengkaji melihat pramugara/pramugari menjalankan pengumuman berkaitan aspek
        keselematan di dalam kapal terbang, dan seumpamanya. Pengkaji  mengumpul pengumuman di dalam kereta api, iaitu
        Sistem Aliran Ringan (LRT), PUTRA dan lain-lain. Setiap pengumuman itu, pengkaji rakam menggunakan telefon bimbit,
        dan mentranskripsikan kepada bentuk tulisan.  Daripada tulisan itu, bahasa dalam pengumuman itu dipadankan pula
        dengan Lakuan Bahasa (Speech Act) berdasarkan buku Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Selain
        itu, kajian ini melihat juga dari sudut kemahiran mendengar dan respon pengguna.

        Kata kunci: Pengumuman, pengangkutan awam, kajian lapangan, Lakuan Bahasa dan kemahiran mendengar



        KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                                                                                                                                         63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69