Page 65 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 65

Derita Alam Dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh

                            Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D, Mohd Aminudin bin Abu Bakar,
                     Wan Aziz bin Wan Muhammad, Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong, Ahmad bin Omar

                                                 Jabatan Pengajian Melayu
                                   IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu
                                                   dr.irfan@ipgm.edu.my


                                                         Abstrak

        Muhammad Haji Salleh merupakan Sasterawan Negara yang keenam. Seorang penyair yang berjaya menghasilkan
        banyak puisi melalui ketajaman pengamatan kepada persekitaran yang pernah dilalui beliau. Pada puisi diluahkan segala
        belenggu jiwa, pedoman dan saranan sebagai didaktik kepada golongan pembaca. Namun begitu, kajian terhadap
        puisi-puisi beliau masih belum meluas terutama berkaitan derita alam. Kesusasteraan Melayu terutama genre puisi
        diyakini mampu menerapkan perubahan pemikiran kepada generasi muda. Justeru, kertas kerja ini akan menggunakan
        Teori Sastera Budaya untuk memperlihatkan derita alam yang terdapat dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh. Hasil
        Kajian mendapati puisi-puisi Muhammad Haji Salleh mengajak khalayak supaya sentiasa berfikir secara positif, berfikir
        sebelum bertindak dan menggunakan kebijaksanaan fikiran untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang timbul.

        Kata kunci: puisi, sasterawan, derita, alam, teori sastera budaya


                                                  ---------- +++++ ----------



                                       Cerita Jenaka Kaum Rungus Di Kudat Sabah:
                                           Analisis Aspek Humor, Wit dan Didaktik

                                                Nurul Izzati Adlina Abdullah

                                                   SMK. Kudat II, Sabah
                                                    niazetty@gmail.com


                                                         Abstrak

        Kaum Rungus di Kudat, Sabah terkenal dengan pelbagai jenis sastera lisan yang terdiri daripada sastera lisan naratif dan
        non naratif. Cerita jenaka merupakan salah satu dalam genre naratif yang digemari masyarakat ini kerana mengandungi
        unsur-unsur yang boleh dijadikan teladan kepada mereka. Unsur humor yang dilihat melalui peristiwa dan gambaran
        peristiwa yang berlebih-lebihan menggelikan hati masyarakat ini. Cerita Jenaka kaum Rungus juga menggalakkan
        pendengar mengupas pemikiran yang terselit di dalam humor berkenaan. Hal ini demikian kerana di dalam cerita ini
        terdapat unsur-unsur wit yang terdapat dalam peristiwa tipu daya dan helah, mempersendakan seseorang, dan kata-kata
        makian. Selain itu, cerita jenaka ini juga mendidik pendengar supaya tidak bersikap tamak, mempercayai Kinoringan,
        berbuat baik sesama manusia dan bertindak mengikut pertimbangan yang wajar. Di samping itu, cerita ini juga berfungsi
        sebagai alat perpaduan, hiburan dan kawalan sosial, projeksi masyarakat dan kritikan sosial kepada kaum Rungus.
        Unsur humor, wit dan didaktik dalam cerita jenaka kaum Rungus ini mempunyai persamaan dengan cerita jenaka
        masyarakat Melayu kerana genre sastera ini bersifat universal.

        Kata kunci: sastera rakyat, cerita jenaka, rungus, humor, wit, didaktik










                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         63
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70