Page 67 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 67
Pelaksanaan Aspek Seni Bahasa Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Membaca Berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Shamsudin Othman, Ph.D, Azhar Md. Sabil, Ph.D
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
s_shamsudin@upm.edu.my
Abstrak
Kajian ini akan membahaskan kemahiran membaca yang akan dikaitkan dengan aspek seni bahasa dan pelaksanaannya
selaras dengan tuntuan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Bermula pada tahun 2018, objektif
kemahiran membaca yang terkandung dalam DSKP ini memberi penekanan kepada aspek seni bahasa, iaitu sebutan
dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar dan membaca untuk memberikan respons yang
betul. Bagi menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mata pelajaran Bahasa Melayu ini menarik dan berdaya
saing, kurikulum Bahasa Melayu telah menjelmakan aspek seni bahasa dalam DSKP Bahasa Melayu KSSM. Elemen didik
hibur dijadikan satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid
untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara
didik hibur. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa
sepanjang PdP dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan
kemahiran lisan dan membaca murid. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif menggunakan borang
soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada respond Responden terdiri daripada 100 orang guru Bahasa
Melayu di sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
dalam PdP seni bahasa serta dapat merangsang kemahiran membaca murid. Perkara yang diberi perhatian juga adalah
penggunaan teks berunsur sastera sama-sama dapat membina keyakinan dan keupayaan penghayatan yang lebih baik.
Kata kunci: seni bahasa, kemahiran membaca, didik hibur, pengajaran, Dokumen Standard Kuriklulum dan Pentaksiran
(DSKP)
---------- +++++ ----------
Penguasaan Kemahiran Mendengar Tahap 5 KSBM
Bagi Guru-Guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu: Suatu Analisis
2
1 Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D, Azman bin Rahmat, Ph.D,
4
3 Celinea Lasan, Ph.D, Juhana binti Baba
1 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
2,3 IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
4 IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
dr.irfan@ipgm.edu.my
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan pencapaian guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen mengikut Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) bagi kemahiran mendengar Tahap 5 Aras 1 iaitu berupaya untuk memerihalkan
maklumat yang didengar daripada idea yang berkesinambungan yang menggunakan pelbagai ayat kompleks tentang
sesuatu perkara. Sampel berdasarkan 14 responden dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang melibatkan PPD
Gombak, Hulu Langat, Klang dan Kuala Langat. Dua set ujian disediakan mengikut aras pencapaian yang ditetapkan
KSBM. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen berjaya meningkatkan pencapaian
kemahiran mendengar mereka selepas mengikuti modul dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilaian tahap
pencapaian tersebut.
Kata kunci: Kemahiran mendengar, KSBM, bukan opsyen
7
KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 | 27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 65

