Page 69 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 69

Pengaplikasian Elemen 6C PAK 21 Dalam Pembelajaran
                                   dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

                                  Khuzaimah binti Abdul Halim, Haslinda binti Mohamad Saad

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                         khuzaimah09-988@epembelajaran.edu.my



                                                         Abstrak

        Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap pengaplikasian elemen 6C oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah dan
        pengaruhnya terhadap sikap murid.  Reka bentuk kajian adalah kaedah penyelidikan tinjauan menggunakan satu set soal
        selidik yang mengandungi 43 item. Sampel kajian terdiri daripada 52 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di mukim
        Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan analisis skor
        min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menemukan tahap pengaplikasian elemen 6C dalam kalangan guru berada pada
        tahap yang tinggi (skor min 4.31).  Pengaruh pengaplikasian elemen 6C terhadap sikap murid pula berada pada tahap
        sederhana tinggi (skor min 3.98). Implikasinya, kajian ini telah berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan,
        praktikal dan empirikal. Kajian ini dapat mengisi kelompangan penyelidikan berkaitan elemen 6C di sekolah rendah dan
        pengaruh pelaksanaannya terhadap sikap murid. Oleh sebab itu, guru-guru dan pihak berkepentingan disarankan untuk
        meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengaplikasian elemen 6C melalui amalan pembelajaran abad ke-21.

        Kata kunci: pengaplikasian, elemen 6C, pembelajaran abad ke-21, guru Bahasa Melayu


                                                  ---------- +++++ ----------

                 Amalan Pendekatan Konstruktif Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan Bahasa Melayu Di SJKC

                                         Nurlyana Binti Ezani, Maria binti Tahir, Ph.D

                                  IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
                                          nurlyana09-602@epembelajaran.edu.my



                                                         Abstrak

        Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru mengaplikasikan pendekatan konstruktif dalam amalan
        PdP kemahiran lisan bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah
        kajian kes. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan yang melibatkan tiga orang guru bahasa
        Melayu yang mengajar murid tahun tiga di SJKC Kuen Cheng 2. Pengumpulan data kajian ini diperoleh melalui transkripsi
        temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen seperti rancangan pengajaran harian guru dan refleksi
        pengajaran guru. Penganalisisan data dilakukan secara analisis tematik iaitu meneliti tema dan subtema bagi menjawab
        setiap soalan kajian. Data juga dianalisis menggunakan perisian Nvivo12. Dapatan kajian membuktikan bahawa guru-
        guru mengaplikasikan pengajaran konstruktif mengikut proses pengajaran dalam Model Lima Fasa Needham. Kajian
        juga  menjelaskan  bahawa  guru-guru  telah  mengaplikasikan  ciri-ciri  konstruktivisme  dalam  pendekatan  konstruktif
        semasa PdP kemahiran lisan bahasa Melayu. Guru-guru telah menggunakan bahan bantu mengajar, mengaitkan isi
        pelajaran  dengan  pengetahuan  sedia  ada  murid,  menggabungjalinkan  beberapa  kaedah  dan  teknik  PdP,  membina
        pengetahuan murid, membimbing dan memotivasi murid serta memberi penghargaan dan menilai proses pembelajaran
        murid secara berterusan. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu menguasai amalan pendekatan konstruktif dalam
        pengajaran bahasa Melayu. Amalan pendekatan konstruktif ini boleh diteruskan dalam kemahiran bahasa yang lain
        seperti kemahiran menulis, kemahiran membaca dan aspek tatabahasa dan seni bahasa.

        Kata kunci: Pendekatan konstruktif, kemahiran lisan, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, Model Lima Fasa
        Needham




                                                                                                             7
 KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                         67
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74