Page 70 - BUKU PROGRAM KONBAYU 2021
P. 70

Keinovatifan Strategi Berasaskan Pendekatan Strategik Terhadap
                                Kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)

                                       Abdul Hadi Mat Dawi, Ph.D, Khairulanuar Ismail,
                               Shamsudin Abu Bakar, Hasnah binti Awang EdD, Zaini Abdul Ghani

                                                  IPG Kampus Ipoh, Perak
                                                abdulhadi@ipgmipoh.edu.my


                                                         Abstrak

        Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti keinovatifan strategi-strategi berasaskan pendekatan strategik terhadap
        kebolehpasaran Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah gabungan
        urutan penjelasan iaitu dimulakan dengan pendekatan kajian kuantitatif dan kemudiannya diikuti dengan kajian
        kualitatif (Creswell, 2012). Sampel kajian terdiri daripada 84 orang pegawai kerajaan yang sentiasa berinteraksi dengan
        orang ramai menggunakan Bahasa Melayu iaitu Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan di Majlis Daerah Kampar, Majlis
        Bandaraya Ipoh, dan Majlis Perbandaran  Taiping, Perak. Instrumen kajian terdiri daripada templat analisis SWOT
        dan TOWS, borang soal selidik dan borang protokol temu bual semi berstruktur. Data-data kuantitatif telah dikumpul
        menggunakan kaedah tinjauan deskriptif. Data-data kualitatif  daripada peserta kajian dikumpul dan dibuat transkripsi.
        Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian SPSS dan Perisian Nvivo. Dapatan kajian menunjukkan strategi
        berasaskan pendekatan strategik daripada Dimensi Kekuatan-Peluang (SO) merupakan strategi yang paling inovatif
        bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM. Ini diikuti oleh strategi daripada Dimensi Kekuatan-Ancaman (ST), Dimensi
        Kelemahan-Peluang (WO), dan Dimensi Kelemahan-Ancaman (WT). Dapatan juga mengenal pasti faktor utama dalam
        strategi yang paling inovatif  dan berkesan bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM  iaitu faktor penyebaran maklumat
        KSBM yang dapat menyerlahkan identiti KSBM. Ringkasnya, keinovatifan strategi yang dilaksanakan mempengaruhi
        kebolehpasaran KSBM. Oleh itu, dicadangkan strategi berasaskan pendekatan strategik yang paling inovatif dilaksanakan
        dengan lebih meluas bagi meningkatkan kebolehpasaran KSBM.

        Kata kunci:  Kebolehpasaran KSBM, Keinovatifan, Kerangka standard Bahasa Melayu, Pendekatan strategik


                                                  ---------- +++++ ----------

                                        Pengintegrasian Aplikasi Google Classroom
                                          dalam Pengajaran Kemahiran Membaca

                                        Musrifah Sarjoni, Fadzilah Abd Rahman, Ph.D

                                        Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
                                     Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
                                                    srifah74@gmail.com


                                                         Abstrak


        Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh setiap murid di Malaysia.
        Pengajaran dan pembelajaran adalah proses intelektual yang kompleks dan terancang yang memerlukan komunikasi
        dua hala dan percambahan idea secara berterusan untuk memastikan pengajaran guru dapat disampaikan dengan baik
        kepada murid. Guru haruslah kreatif dan inovatif dalam pengajaran mereka dengan menggunakan teknologi maklumat
        seprti aplikasi Google Classroom untuk merealisasikan objektif pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Pengajaran
        menggunakan aplikasi Google Classroom merupakan satu kaedah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid.
        Guru bukan sahaja mengajar murid agar mereka dapat menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan dengan baik
        malah perlu mengajar murid bagaimana untuk memahami bahan yang di baca supaya murid-murid boleh meningkatkan
        ilmu pengetahuan dengan berkesan apabila membaca.

        Kata kunci: kemahiran membaca, Google Classroom, pengajaran dan pembelajaran


        KONBAYU KONVENSYEN BAHASA MELAYU 2021 |  27 - 29 JULAI 2021 | IPG KAMPUS BAHASA MELAYU                                                                                                                                         69
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75