Page 73 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 73

Pastikan kamu melakukan
                              aktiviti memanaskan badan sebelum
                               beraktiviti dan menyejukkan badan
                               selepas beraktiviti. Kamu juga perlu
                               memakai pakaian yang sesuai dan
                                     selesa untuk beraktiviti.



                       Bagi mendapatkan kesan                     Selain berbasikal, saya
                      kapasiti aerobik yang baik,              juga akan berjoging, lompat
                   masa (time) yang saya perlukan                tali, dan berjalan pantas.
                   untuk mengayuh basikal adalah                Semua jenis (type) aktiviti ini
                     sekurang-kurangnya selama                 dapat meningkatkan kapasiti
                   20 hingga 30 minit bagi setiap sesi.                aerobik saya.























             Setelah menjalani beberapa sesi latihan, Linda telah berupaya melakukan
             pelbagai aktiviti fizikal pada suatu jangka masa yang lama tanpa cepat
             berasa letih. Keadaan ini menunjukkan bahawa jantung Linda berfungsi
             dengan baiknya untuk mengepam  darah dan membekalkan oksigen
             ke seluruh tubuh. Linda mempunyai kapasiti aerobik yang baik dan
             membolehkan dia menjalani kehidupannya dengan sihat dan cergasnya.


                                                              PENGUKUHAN

                                                  Nyatakan aktiviti lain yang
                                                  dapat meningkatkan
                        INFORMASI                 kapasiti aerobik.

              Prinsip FITT                                                               KBAT
              F – kekerapan senaman
              I – intensiti senaman                         Rancangkan satu jadual
              T – masa senaman                              aktiviti menggunakan prinsip
              T – jenis senaman                             FITT untuk meningkatkan
                                                            kapasiti aerobik kamu.


                    3.2.1                                                                          65
                    4.2.1
                    4.2.2
                    5.1.3
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78